...counting...

Friday, October 7, 2011

Perjalanan ini...

Assalamualaikum wbt..




   Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan berada dalam kondisi yang baik, dan dinaungi rahmat Allah selalu.. rindu nak menulis tapi Allah lebih tahu, dua tiga minggu yang berlalu menuntut banyak perhatian kepada perkara yang lebih selayaknya.. Islam juga turut menganjurkan umatnya untuk meletakkan sesuatu yang penting untuk segera dilaksanakan daripada perkara yang kurang penting.. teringat kata2 ustaz ketika di sekolah dulu:


"Pentingkanlah yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting"


   Mula2 mendengar bicara ustaz, ramai yang tertawa. Mungkin ayat dan nada yang ditutur ustaz agak lawak bila didengari. Atau mungkin juga ketika itu hati belum memahami dan merasai apakah kepentingan2 yang ustaz bicarakan. Tapi, seiring masa berlalu, ayat ini sesungguhnya benar! Pabila diulit pelbagai urusan dari segenap aspek, baru hati merasai penat, lelah dan letih.. Ini bahaya! kerana bila kita punya banyak perkara yang mendatang dan kesemuanya menuntut perhatian dari kita, kita harus dan perlu punya strategi dalam menyelesaikannya. Perlu me'list'kan mana yang aula, dan yang kurang aula.. Laksanakan apa yang paling utama, diikuti yang perkara2 yang kurang penting.. 

   Untuk itu, manusia perlu punya hati yang hidup. Hati yang hidup sentiasa mengarahkan pemiliknya melakukan tuntutan kebaikan dan jauhi diri dari melakukan kebatilan. Dan hati yang hidup ini perlu sentiasa diproses, diberi makanan dan sentuhan daripada sumber2 yang baik. Dan atas dasar ini, manusia perlu kepada proses tarbiyyah yang berterusan. Saat terleka, ada peringatan yang mengingatkan. Saat terjatuh, ada semangat yang menguatkan. Dan saat berduka, ada janji2 dari Nya yang menggembirakan dan memberi jaminan kebahagiaan. 

   Lantaran itu juga, saya rasakan penting akan hadirnya seorang sahabat.. ya, sangat penting.. Sahabat yang baik mendorong kita kepada Allah. Sahabat seperti cermin kita, refleks kepada diri..  siapa kita akan dapat digambarkan dengan melihat dengan siapa kita bersahabat.

"Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan untuknya, maka akan direzekikannya dengan sahabat yang soleh, ketika dia lupa dia akan mengingatkannya, ketika dia beramal, dia akan membantunya"
(Maksud Hadis)


   Sahabat yang baik itu bukanlah sahabat yang sentiasa bergelak ketawa dengan kita, ataupun sahabat yang menangis bersama, bukan juga sahabat yang sudi menemankan kita makan atau berjalan tidak kira masa, akan tetapi sahabat yang baik itu adalah sahabat sentiasa mengingatkan kita dalam rangka iman dan ukhuwwah kepada Allah. Ketika mana kita lupa untuk beramal kepada Allah, lalai dalam kehidupan, larut dengan dunia, maka sahabat yang baik ini akan mengingatkan kita agar kembali ke jalan yang lurus, begitu juga dalam beramal kebaikan, sahabat yang baik ini akan membantu dengan sepenuh hati, malahan akan menguatkan kita dengan bantuannya. Itu hakikat sahabat yang baik.

   Bila kita melalui proses tarbiyyah seperti yang dilalui oleh sahabat2 baginda Nabi Muhammad saw, dan bila kita sudah punya keyakinan dan kefahaman dalam diri, bila iman dihati sudah tertanam kukuh, dan bilamana kita sering menterjemahkan kebaikan ke dalam kehidupan, Allah akan datangkan ujianNya. Allah ingin lihat sejauh mana pelaksanaan akan apa yang kita fahami, sejauh mana praktikalnya semua itu. Saat itu, baru terasa betapa diri masih belum cukup kuat, masih membutuhkan bimbingan dan kasih sayang Allah. Ujian yang diberinya sebagai key indicator untuk nilai2 kesabaran, berbaik sangka dan dalam rangka meningkatkan taqwa  padaNya. Dia sentiasa ada untuk kita, tetapi kita yang selalu lupa akan kehadiran Allah. Nauzubillah. 

"Ya Robb, betapa ketika Engkau memberi musibah di satu sisi maka, Engkau memberikan kebahagiaan di sisi lain. Nyata terbukti bahawa, di setiap kesulitan itu ada kemudahan dengan harapan dan impian ku berjalan lagi untuk mencapainya...."

   Ada manusia yang bila dia kuat dan rasakan sudah punya segala, maka pengharapannya pada Allah menurun. Ada juga golongan yang tetap istiqamah meletakkan pengharapan dan pergantungannnya pada Allah dalam setiap penjuru kehidupan. Maka sebaiknya, sentiasalah memelihara Allah dalam hati kita, merasai konsep ihsan dalam diri, nescaya Allah sentiasa memelihara dan memudahkan urusan kita. Insya Allah.



Akhir kalam, ingin ku kongsikan:

“Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.”   (As Syura: 20) 

ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka!
...May Allah Bless...