...counting...

Thursday, August 4, 2011

She: Forgive...



~ Allah itu Maha Pengampun dan tidak pernah berhenti memaafkan hambaNYA yang memohon taubat dr-Nya ~
Bukalah mata hati, bukan mata benci
Kita bukanlah Sang Hakim
Yang layak untuk menghukum
Kita juga pernah tersalah, dan bersalah
Bencilah sekedarnya
Maafkanlah kekhilafannya…

Kita bukanlah manusia yang sempurna
Janganlah merasa seolah tanpa noda
Kita hanya manusia yang penuh khilaf salah
Maafkanlah ia bila hatimu terluka
Karana kita bukan sang hakim...

*****************

Mengapa sukar menghulurkan kemaafan saat hati terluka? Bukankah kemaafan itu sangat manis nilainya daripada menyimpan amarah di jiwa? Kemaafan ibarat air sejuk yang mengalir di relung jiwa, menyejukkan hati yang membara... Sedangkan nabi Muhammad s.a.w pun sangat pemaaf.. saat baginda mengajak manusia kembali kepada Islam, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi baginda.. juga tentangan dan dilontarkan bermacam-macam benda oleh masyarakat yang tidak memahami Islam tika itu,... Tapi apa tindakan baginda s.a.w?  Baginda s.a.w sabar malah mendoakan kebaikan dan berdoa semoga Allah membukakan pintu hidayahNya kepada mereka yang menentangnya.. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang paling baik dan tepat untuk dijadikan qudwah dalam sifat memaafkan.. 

Tidakkah ujian yang Allah berikan kepada baginda s.a.w lebih hebat daripada ujianNYA kepada kita? tapi mengapa kita kadang kala teragak-agak untuk memaafkan? Malah ada yang langsung tidak mahu memaafkan kesalahan manusia lain.. Ingatlah, bahawa manusia itu sendiri hakikatnya pelupa.. dan ada ketikanya melakukan kesilapan samada disedari atau tidak.. kan lebih mudah jika saat berakhirnya sesebuah pertemuan dengan setiap manusia yang ditemui, kita terus niatkan dalam hati untuk memaafkan kesalahannya jika ada di sepanjang pertemuan itu.. maka tiada hati yang terluka dan merasa sakit sehingga terbit rasa dendam jika terus disimpan kemas dalam hati..

Paling penting, bila kita memaafkan, Allah kasih pada kita.. kita tidak lagi hidup dalam kebencian dan kebencian terus menerus.. Allah Maha Pengampun, Dia tidak pernah melupakan hambaNya yang memerlukan pertolonganNya dan mengabulkan doa kita, walaupun hakikatnya kita sangat banyak melakukan dosa padaNya.. Maka, sama-sama kita saling memaafkan dan bina semula ukhuwwah yang telah lama dijalin di jalanNya.. lupakan segala sengketa dan amarah yang pernah terjadi selama ini.. Ya, benar. Pengalaman kita banyak bezanya. Tapi dihujung simpang itu, penyelasaiannya tetap sama, bukan? Memaafkan dan kita akan terubat dari segalanya. Kan indah memaafkan? ayuh, jangan ada benci dihati... Marilah kita bina kehidupan yang harmoni dan rasa bahagia saat berjumpa.

Satu harapanku, moga dikau kuat dan tabah.. dan jalani kehidupan ini dengan penuh kasih sayang keranaNya. Cuba cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang timbul. Jangan simpan lama-lama perkara yang tidak dikau sukai, luahkan... Semoga Allah memudahkan urusanmu dan merawati hatimu.. Semoga Allah kasih kita semua.. May Allah bless..

* p/s: Sekadar nasihat dan peringatan buat diri yang mudah lupa. Semoga bermanfaat..
Masing-masing punya cara tersendiri untuk mengubati hati saat dilukai.. Ada yang mudah melupakan dan juga yang mengambil masa untuk itu.

~ maaf salah silap ~

Berkata Ibn Qayyim al-Jauzi:
Dalam hati manusia ada kekusutan. Ia tidak akan terurai kecuali dengan kembali kepada Allah swt.

Wallahua'lam.. 


No comments:

Post a Comment