...counting...

Showing posts with label lovely family ... Show all posts
Showing posts with label lovely family ... Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Ceritera sebulan lalu..

Assalamualaikun wbt.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menaip. Tiga menuju empat minggu berlalu. Dalam sedar atau tidak. Terlalu banyak perkara berlaku, seiring dgn perasaan yang turut berubah-ubah saat peristiwa yang hadir ada yang suka dan duka. Jadi, jom kita baca dan baca:

1. My bestie aka Farhana Lokman pergi sambung masters for a year at University of Manchester, UK (11th Sept 2014, 0200am). Sedih. Gembira. Semua rasa jadi satu waktu pergi hantar kat KLIA. All the best my dear!



2. My lovely sister aka Salimah pun fly kembali ke Mu'tah, Jordan. (15th Sept 2014, 0945am) Dia sedih je nak balik hari tu sebab seronok duk rumah selama tiga bulan. So, nak bagi semangat kat dia untuk balik sana, semua pakat-pakat hantar dia ke KLIA. Adik-adik excited main troli pusing satu KLIA..








3. Me turned 24th years old.. (19th Sept 2014) Dah tua, hehe :) Thanks for the wishes! Sebab teringin nak makan carrot cake dan hawa (kawan syerah yg KTD) pun request, so me baked it. Alhamdulillah sedap! Nyummy...



4. Ambil jubah untuk Konvo 13th oct 2014 nanti. (25th Sept 2014) Alhamdulillah after almost six years studying, finally I'm graduating from IIUM. Such a beautiful memories been created there for years. Missing IIUM friends and classes already. Then how about exams?? Err,, so far no, I don't think so. hehe.. Jom tukar ke status pekerja pulak..




5. Eldest brother birthday. Sanah Helwa adik! sweet 7 years old on 26th Sept 2014. Papa (we called him) requested a birthday cake. At last, he got a moist chocolate cake,, hehe. Pening chef nak buat hiasan atas kek tu. Apapun, chef sangat berpuas hati dengan deco tu walaupun kek ni sedikit padat. Dah lama tak buat kek kukus, tu agaknya kek ni merajuk tak nak gebu *_* need to do another attempt la kalau gini.




Ok, I think for this post, above stories surely tell you guys my journey for almost a months ago. Just why I couldn't update my blog. Oh not to forget,

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA!



Insya Allah, till we meet again Ms. blog. Excited nak konvo next week :)
May Allah bless and ease for us every single thing we do,, Amin.

Ps: Someone is missing, thus I am missing too..



Tuesday, July 24, 2012

Momento Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,, sudah menjelang hari ke-4 berada dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Bagaimana dengan amalan-amalan kalian? Ada tak tertinggal solat sunat tarawih? Bagaimana dengan tilawah Al-Qur'an? Sadaqah dan lain-lain? Semoga terus istiqamah mengutip ganjaran-ganjaran mutiara yang Allah tawarkan buat orang-orang yang beriman melalui bulan yang penuh dengan rahmah dan maghfirah Nya.. Sangat rugi bagi orang-orang yang beriman jika tidak memanfaatkan ramadhan ini dengan semaksima mungkin.. Siapa tahu ini Ramadhan terakhir buat kita, bukan?


Alhamdulillah,, Allah beri kesempatan untuk sambut satu ramadhan di rumah... 


-------------------------------------------------------------

*Kisah 1*

Ada satu malam sebelum adik bongsu saya masuk tidur, dia minta ummi bercerita. Malam sebelumnya dia minta saya baca buku "Pada zaman dahulu". Memang dah jadi kebiasaan dia mendengar sebuah cerita sebelum pejamkan mata. Kami panggil dia 'adik' memandangkan dia yang bongsu. Ummi bercerita tentang kisah di zaman nabi Muhammad s.a.w. Dan saya terdengar bicara adik dengan ummi malam tu..

Ummi: Zaman Rasulullah dulu tak ada pun kereta kalau sahabat-sahabat nabi hendak pergi ke suatu tempat.
Adik: Habis dia naik apa? 
Ummi: Sahabat nabi naik unta, ada yang pergi berjalan kaki membawa kambing.... bla... bla...
Adik: Tak ada yang naik ayam ke??
Ummi: Ada ke orang boleh naik ayam ?

Saya yang terdengar tertawa dalam hati.. hehe.. dalam fikiran terbayang imaginasi manusia naik ayam, ayam yang terbang bila dikejar manusia dan macam2 lagi. Macam mana adik boleh terfikir manusia naik ayam? Mungkin adik dah mamai masa dia cakap dengan ummi. Dan saya? Saya sambung ketawa sorang2 dalam bilik..


*Kisah 2* 

Pada pagi 1 Ramadhan, ayah tanya farhan ( adik second last)...

Ayah: Aan dah makan belum?
Aan: Dah..
Ayah: Aan makan apa?
Aan: Nasi... bla... bla...
Ayah: dah 'sahuq' ke?
Aan: .haa?? ( tengok ayah)...
Ayah: Aan dah 'sahuq' ke?
Aan: *_* (dia diam tanpa jawapan)

Saya yang melihat sekali lagi tersenyum dan menyembunyikan tawa. Ayah saja nak test Aan @_@

Saya: Ayah, tak baiklah. Sian Aan.. Aan, 'sahuq' tu sahur la..

Dan ayah hanya tersenyum..


*Kisah 3*

Dua adik yang masih belajar di tadika- sorang sedang belajar berpuasa, sorang lagi kadang2 mampu menguji kesabaran abangnya yang sedang belajar berpuasa. Dan dia akan tetap makan walaupun dah cakap, "Adik, kan sekarang ni Ramadhan,, jadi kena puasa,, tak boleh makan....bla.. bla..". Dan at last, dia tetap akan makan juga.. Saya selalunya akan jadi geram. huhu sabar2.  Takpe,, pelan2 insyaAllah.. :)

Dan moment yang paling lawak, bila adik nak makan dia akan cakap, " Ummi, adik nak makan ye..." atau "Abang Aan, jangan tengok adik nak makan" Nanti Aan mesti buat muka sedih atau dia diam je. Memang menguji betul adik sorang ni. 

-----------------------------------------------------


Sekadar ingin mengabadikan rentetan kenangan Ramadhan bersama adik2 yang sedang belajar berpuasa.

banyakkan doa,, iAllah makbul.

4 Ramadhan

May Allah Bless

Thursday, July 12, 2012

Pesan Ayah...

Bismillahirrahmanirrahim...

I'm trying hard to I.S.T.I.Q.A.M.A.H. I will always try insya Allah.. :D

~ bertatih untuk istiqamah ~

Dah hampir tiga bulan,, dan tuan blog menyepi dari arena penulisan disini.. rindu membuak-buak untuk menulis, dan Allah lebih tahu why I ended up without leaving any footstep here.. hehe :) bila sign in untuk meng-update, baru notice that the feature of the blog have been change,, rasa x familiar.. tapi nampak lebih ringkas dan tersusun iAllah.. iAllah getting used with this..


Saya selak planner, perhati apa yang akan saya buat untuk minggu ini.. Alhamdulillah tak sesibuk minggu lalu.. minggu lalu banyak sangat urusan yang dilaksanakan.. yang menagih masa dan pengorbanan dari saya. Dan tipu kalau saya katakan tidak merasa penat dengan saat2 begitu.. Tapi bila fikir2 semula, bahawa Allah tidak memandang rendah dan akan anugerahi pahala dengan apa yang saya lakukan selagi ianya amal2 yang soleh dan bermanfaat unt Islam, saya rasa semangat kembali menyirap dalam diri..

Hari sabtu lalu, setelah menghadiri kenduri kahwin seorang junior, saya berkejar untuk pulang ke rumah.. macam dah jadi tradisi waktu short sem ni untuk balik rumah for every week.. i like it :0 even sahabat saya yang duk di utara nun jauh di sana pun bole balik stiap minggu, why not me? sunyi akan memenuhi ruang hati bila duk senyap2 kat uia time cuti2 ni.. drpd end up with nothing good to do, its better to going home, right? dekat rumah, banyak sangat benda yang boleh buat.. tolong umi dan ayah, tolong revision adik2 which is I have two sisters yang nak amik exam besar tahun ni, main dengan adik2 yang kecik (3 little mujahid), masak2, try resepi baru, dan ayah selalu ajak joging every weekend.. hmm, mmg terisi bila balik rumah..


sempat beriadhah tarbawi di FLORIA '12


Pesan Ayah

Rindu nasihat dari ayah. Ayah banyak beri galakan dan semangat. Ini apa yang saya rasa.Teringat setiap kali nak exam final, antara benda yang tidak pernah saya lupa adalah menelefon ayah untuk mendoakan kejayaan saya. Ya, sudah pasti selepas saya berusaha dan berdoa pada Allah untuk permudahkan segalanya buat saya. Ayah adalah orang penting dalam hidup saya. Dan yang bestnya, ayah walaupun x banyak cakap, tapi tindakannya sangat menyenangkan hati saya. Instinct ayah selalunya bawa kebaikan pada saya. Alhamdulillah Rabbul Alamin. Tapi bila ayah cakap sesuatu, means ada something yang x betul pada kami.. Hari tu balik, ayah jumpa saya dan adik. Ayah tanya kondisi kami, menunjukkan sikap ambil berat yang tidak berbelah bagi.. saya terkesan sangat bila ayah cakap; 


"Ayah sayang anak-anak ayah. Dan ayah selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Bila ayah nasihat, bukan sebab ayah x sayang, tapi sebab ayah nak kita sama2 duduk dalam syurga sebagai sebuah keluarga di akhirat nanti.. ayah tak nak ada ahli keluarga kita yang terpisah di 'sana'. Allah pun sebut dalam Quran, ‘Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka..’ Sebab tu kita kena buat baik, buat amal soleh, saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran."

nak pergi mana? kamu pilih!

Ayah cakap bila nak tegur kesalahan seseorang, bukan bermaksud nak mengaibkan diri orang yang ditegur, tapi sebagai satu wadah untuk seseorang melakukan perubahan. Mungkin dalam diri banyak unsur-unsur jahiliyah yang belum dibuang, maka Allah hadirkan seseorang untuk kita perbaiki. Dah nama pun manusia, memang mudah lupa. lagi-lagi dengan hati yang sentiasa berbolak-balik.. lagilah sentiasa perlu diperingat.. teringat ayat Quran dalam surah ad-Dzariyat ayat 55;

  وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

"Dan tetap tekunlah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
 mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

Maka, bersyukurlah bila diberi nasihat. mungkin sedikit merobek dan menghiris hati, tapi sungguh beruntung diri bila ada dalam situasi ni. Ia satu manfaat pada kita. Manfaat tu macam bila kita pergi suatu talk, then ada refreshment. Bagi yang belum makan, ia satu kelebihan sebab dapat jimat duit. hehe.. mostly orang akan fikir camni. tapi sebenarnya ada 2 dalam 1,, selain dapat mengisi ruhi, dapat isi perut juga. Hmm, bukan mudah orang nak datang pada kita, cakap apa yang tak kena pada kita, minta kita ubah apa yang patut. Orang yang nak menegur tu pun sebenarnya banyak nak bersedia, sebab bila dia dah tegur orang lain, maka jatuh tahap WAJIB untuk dia laksanakan apa yang ditegur.  Takut Allah tanya kat akhirat kita buat tak apa yang kita cakap kat orang? Haa,, depan Allah tak ada rahsia lagi.. 

Bila diberi nasihat atau teguran, maksudnya Allah yang tegur kita. Orang yang cakap tegur tu sebagai wasilah yang Allah hadirkan. Mungkin kita selalu sangat alpa, leka dan lalai dari ingat Allah,,, lupa tujuan sebenar penciptaan kita di muka bumi HANYA untuk ubudiyyah pada-Nya. Jadi kena ingat, Allah tak pernah menjauh dari kita, tapi kita yang selalu pergi berlari jauh dari-Nya. membina jarak dari-Nya. Allah dekat sangat dengan kita, Allah sayang kita. Bila diberi-Nya ujian, sebab Allah nak uji...  Allah rindu dengan rintihan dan keluhan dari kita,, Allah nak kita minta pada diri, bukan pada yang selain-Nya. Dan Allah nak kita kembali pada-Nya. Baikkan Allah? Kita selalu lupa pada Allah, tapi tak sedetik pun Allah lupa kan kita. Subhanallah! Mari sama-sama kita mohon keampunan dari Allah.

Akhir Kalam 

Nak jadi baik memang susah. Sapa kata senang? lagi-lagi bila hati dah lama terbiasa hidup dengan perkara yang melalaikan. Berubahlah! satu langkahan yang payah di permulaan, tapi insya Allah berakhir dengan kebahagiaan yang hakiki di penghujung jalan. Jangan fikir apa orang nak cakap, risaulah jika tak sempat diberi peluang untuk menjadi muslim yang terbaik, khuatirlah dengan Allah bila tidak mahu berubah. Takut tak sempat,, jadi sekarang mulakan satu tapak ke hadapan. Biar orang kata, jangan berpaling dan terus melangkah dengan sabar dan kuatkan diri, sebab kita tak mampu nak penuhi semua yang orang hajat. Indeed, pleasing Allah is the easiest! 

 : ya Allah, kuatkan langkahanku menuju redha-Mu :

 Pleasing Allah = Jannah..
 insyaAllah. 
Allah akan beri kekuatan.
Amin.. 

 ~ may Allah bless ~



 

Monday, February 6, 2012

Cheesecake :)

Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni nak post tentang resepi, boleh kan? hehe...
Alhamdulillah,, sebenarnya dah lama sangat nak buat cake ni.. 
Bahan semua dah lama menetap dalam peti sejuk tu, menanti masa untuk digunakan je....
Jadi, sebelum cuti berakhir saya dah set siap2 nak bagi family try cheesecake ni... 
ok, ni hasilnya selepas saya dibantu beberapa adik yang lain selama 90 min masa penyediaannya..








so nak share the secret recipe untuk CHEESECAKE ni.. 
(sedap... tak sampai satu hari dah habis adik2 saya kerjakan..)

BAHAN2:

Untuk base :
• 2 paket biskut oreo (original flav.)

• 50gm unsalted butter - dicairkan (double boil)


Untuk Filing:
A~
- 250gm (8oz) Philadephia cream cheese (dilembutkan pada suhu bilik)
- 100ml susu segar 
- 100gm butter 
- 1tsp esen vanilla 
- 3 sudu besar jus lemon
- 6 biji telur kuning 
- 60gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 1/4 tsp garam

B~
-120 gm gula 
- 2 sudu jus lemon
- 6 biji telur putih

Cara membuatnya:


1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.


2. Masuk cream cheese, susu segar dan mentega dalam periuk dan cairkan (double boil). Tunggu seketika sampai sejuk. Bila dah sejuk boleh campurkan semua bahan A. Gaul sampai sebati.
 
3. Di dalam bekas sederhana besar, putar telur putih dan jus lemon. Bila dah berbuih dan kembang, masuk kan gula. Pukul lagi sampai kembang. (Bahan B)

4. Campurkan bahan A kedalam bahan B.
Bagi adunan sebati. 
Then masukkan kedalam loyang yang dah ada base biscuit tu...

5. Panaskan oven selama 10 minit sebelum bakar. Bakar menggunakan kaedah waterbath. 

6. Bakar selama 55 minit dengan suhu 160 degree celcius.

DONE!! Selamat mencuba ~~

~ ok, ni gambar google ~

Apapun, niat mesti kerana Allah semata. dan doa semoga semuanya menjadi. tapi kena try dulu lah.
Seronok hati bila tengok family makan bila kita sediakan sesuatu menggunakan air tangan sendiri. 
Rasa puas hati. Jadi, kena rajin-rajinkan diri untuk jadikan ia kenyataan.
___________________________________

"Live simply,
Speak kindly,
Care deeply,
Love generously.

May Allah Ease and Bless us :)

Thursday, May 26, 2011

buatmu ayah...

Bismillahirrahmanirrahim...


A dad is someone who..
wants to catch you before you fall,
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who...
wants to keep you from making mistakes,
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who..
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...
*********
arigato, otosan!
Ayah, banyak yang inginku nyatakan.. 
sesungguhnya engkau satu didunia ini... 
banyak yang telah kau korbankan untuk diri ini.. 
dan aku sungguh, tidak mampu tuk ku membalas segala jasamu..



teringat memori kita bersama,
terasa hangatnya kasih yang kau curahkan untuk kami..
bagaimana kau menasihati dikala kesulitan,
kau sirami jiwa kami dengan kata2 sentuhan salju,
walaupun engkau marah,
ku tahu itu kerna sayangmu pada kami,
kesedihanmu, sukar untukku jejaki,
kerna diwajahmu terukir urat2 ketabahan,
dan senyum yang sentiasa menghiasi,
diam2 mengajarku untuk tabah dan cekal
dalam mengisi ruang hidup yang panjang ini..


aku mewarisimu ayah...
aku suka mengembara sepertimu,
aku suka perkara lasak dan cabaran,
aku suka berusaha untuk sesuatu,
aku sukakan tarbiyah Illahi yang kau ajarkan sedari kecil,
aku ingin tabah dan tersenyum 
dalam apa jua situasi yang hadir mewarnai,
kerna payah aku rasakan...
jika kau tiada disisi ini..

Maaf,
kerna selalu menyakiti hatimu,
kurang meluangkan masa bersamamu,
andai ada memutuskan sesuatu tanpa pengetahuanmu,
dan bertindak terburu-buru,
ampuni segala khilafku...

Ayah,
benarkanlah aku berbakti padamu,
tapi aku sedar aku belum tiba di tahapan itu,
justeru...
aku hanya mampu,
 mengorak senyumanmu dengan kejayaanku,
menjadi anak yang solehah penyejuk matamu,
serta...
mendoakan kesejahteraanmu,
 dan menadah tangan 
moga Allah permudahkan segala urusanmu,
berkati usiamu, dan menerima amalmu,
semoga segala amalmu 
adalah amalan yang soleh disisi-NYA..

Terima kasih ayah,
kerna memberiku peluang,
untukku belajar..
dan sentiasa membentangkan ruang,
untukku selami...
ketika ku membesar, 
 sesungguhnya ini adalah azimat buatku,
akan kugenggam  hingga ke akhir usia ini..

Ayah...
ketahuilah,
walaupun jarang bersua,
atau berjumpa kadang2 seketika cuma,
itulah detik berharga bersamamu..
AYAH, SANAH HELWA!  
Izzah sayang ayah Fillah!

nota kaki:
sayangi ibu, kasihi ayah...


Monday, March 28, 2011

Saat ini..

Assalamualaikum wbt..

~ Jangan hanya bermimpi, tapi bangkitlah ~


"Responsibility is more than the time that we have" 
And it's true..

*************

   Walaupun rasa nak stay je kat rumah..tak nak balik uia jap lagi.. tapi kena korbankan rasa yang first tu.. sebab first paper for final xm hari khamis ni.. nak kena pulun untuk sem ni.. even xm paper for every subject is far from one another, I need to work hard through it.. sebab dah letak target yang nak dicapai.. so, usaha perlu seiring dengan cita-cita.

   Sebelum semua ahli keluar dari rumah, sempat salam mereka dan minta doakan untuk segalanya.. Semalam pun sempat buat sharing moment dengan adik sebelum tidur. Rasa balik kali ni sebagai satu suntikan semangat.. menggantikan semangat yang dah nak patah sebelum ni.. Rasa seronok.. Tolong mudahkan urusan rumah tangga yang biasanya umi buat, tolong sama2 buat homework adik2, tolong panaskan enjin kereta ayah (padahal nak pinjam untuk round2 kat kaw. sekitar..hehe), dan etc. Tengok adik2 dan umi ayah happy, itu sudah cukup..  Balik ni, Insya Allah bekalan kasih sayang dari keluarga dah penuh diisi..

   Hargai.. that is the best solution.. Appreciate the every second that passes in your life.. sebab bila kita hargai, tiada apa yang akan disesalkan bila kita buka muka surat seterusnya.

  Okey.. sangat perlu bangun dari laptop untuk kemas barang.. ni pun dah terlebih masa..hehe.. nanti ada je barang yang tertinggal, sebab itu macam dah jadi satu kemestian.. balik uia, " Allah, lupa nak amik ni.. lupa nak bawa barang tu.." lastly call rumah, ayah marah.. sebab selalu careless.(^_^")

~ kasih Allah..itu kekal ~

Till next time..

*****************

Footnote:
Post ni agak lain drpd yang lain.. sekadar ingin bercerita dan menulis sesuatu.
Semoga ada walau secebis manfaat.. Wallahu'alam.

Wednesday, March 9, 2011

Memori itu...

 .. hanya SATU didunia ..

Assalamualaikum wbt..

    5 tahun..
Itu adalah satu tempoh yang lama.. tapi dalam tempoh itu masih tidak mampu aku lupakan seraut wajah.. yang pernah melahirkan, mengasuh, dan mendidik aku... Yang bersusah payah membentuk diriku untuk menjadi muslimah sejati... Dengan izin-Nya..

   5 tahun itu..
Banyak mendidikku.. Menjadi lebih kuat dan matang dalam mengharungi onak ranjau kehidupan.. Mengajarku bahawa air mata jangan lagi ditumpahkan.. kalau itu adalah untuk satu cabaran.. Tetapi perlu aku kuatkan hati menghadapi segalanya..

   Dan 5 tahun dahulu..
Pulangku ke rumah untuk bertemu wajah ummi.. Mudah sekali untukku temui, salam tangannya dan mencium pipinya.. Terasa ummi sentiasa bersama-sama.. dalam suka dan duka.. menitipkan pesan sentiasa.. dalam perjalanan mencari redha-Nya...

   Akhirnya 5 tahun itu juga..
Kehilangan permata hati.. menusuk jiwa.. perasaan tak dapat diungkapkan.. hanya mampu menangisi.. dan merelakan.. walaupun berat rasa hati.. Tapi dengan keyakinan.. "Inna Lillah wa inna ilaihi raji'uun".. dan hidup hanyalah sementara cuma.. satu tempat persinggahan..ku besarkan hati.. menerima ketentuan Illahi.. Hanya mampu mengirimkan doa.. Semoga Allah memberkatimu.. dan Semoga dikau tenang disana..

   Terima kasih... sesungguhnya tidak sempat untukku balas segala pengorbanan dan jasa.. .yang ku rasakan saat ini hanya rindu dan menyesal atas kesalahan ku yang dulu, yang pernah aku lakukan dan belum sempat untuk ucapkan kata maaf padamu... Kini, ku hanya mampu menjadi anak yang solehah dan berbakti.. yang sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah...Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu


Pesanan buat diri dan semua:
Hargailah mereka yang ada disisi, kerna bila ia tiada, 
baru kita rasa kehadirannya.
Tapi, saat itu tiada lagi gunanya.. 

May Allah bless..