...counting...

Monday, February 6, 2012

Cheesecake :)

Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni nak post tentang resepi, boleh kan? hehe...
Alhamdulillah,, sebenarnya dah lama sangat nak buat cake ni.. 
Bahan semua dah lama menetap dalam peti sejuk tu, menanti masa untuk digunakan je....
Jadi, sebelum cuti berakhir saya dah set siap2 nak bagi family try cheesecake ni... 
ok, ni hasilnya selepas saya dibantu beberapa adik yang lain selama 90 min masa penyediaannya..








so nak share the secret recipe untuk CHEESECAKE ni.. 
(sedap... tak sampai satu hari dah habis adik2 saya kerjakan..)

BAHAN2:

Untuk base :
• 2 paket biskut oreo (original flav.)

• 50gm unsalted butter - dicairkan (double boil)


Untuk Filing:
A~
- 250gm (8oz) Philadephia cream cheese (dilembutkan pada suhu bilik)
- 100ml susu segar 
- 100gm butter 
- 1tsp esen vanilla 
- 3 sudu besar jus lemon
- 6 biji telur kuning 
- 60gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 1/4 tsp garam

B~
-120 gm gula 
- 2 sudu jus lemon
- 6 biji telur putih

Cara membuatnya:


1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.


2. Masuk cream cheese, susu segar dan mentega dalam periuk dan cairkan (double boil). Tunggu seketika sampai sejuk. Bila dah sejuk boleh campurkan semua bahan A. Gaul sampai sebati.
 
3. Di dalam bekas sederhana besar, putar telur putih dan jus lemon. Bila dah berbuih dan kembang, masuk kan gula. Pukul lagi sampai kembang. (Bahan B)

4. Campurkan bahan A kedalam bahan B.
Bagi adunan sebati. 
Then masukkan kedalam loyang yang dah ada base biscuit tu...

5. Panaskan oven selama 10 minit sebelum bakar. Bakar menggunakan kaedah waterbath. 

6. Bakar selama 55 minit dengan suhu 160 degree celcius.

DONE!! Selamat mencuba ~~

~ ok, ni gambar google ~

Apapun, niat mesti kerana Allah semata. dan doa semoga semuanya menjadi. tapi kena try dulu lah.
Seronok hati bila tengok family makan bila kita sediakan sesuatu menggunakan air tangan sendiri. 
Rasa puas hati. Jadi, kena rajin-rajinkan diri untuk jadikan ia kenyataan.
___________________________________

"Live simply,
Speak kindly,
Care deeply,
Love generously.

May Allah Ease and Bless us :)

No comments:

Post a Comment