...counting...

Friday, February 24, 2012

Damba cinta-Mu.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,, ,masih diberi peluang merasai nikmat-Nya.. Kedua-dua tangan diangkat.. berdoa, tanda kesyukuran yang tidak terhingga. Allah Maha Pengasih. dan Allah juga yang mengawasi segala ketentuan dan takdir yang berlaku pada diri. Hubungan dengan-Nya yang perlu sentiasa diperbaiki, supaya diri hamba tidak terputus ikatan dari-Nya. Dan semoga segala amal perbuatan yang dilaksana adalah kerana-Nya. Sesungguhnya, manusia itu hamba. Dan seorang hamba sangatlah memerlukan Tuhan. Kerna hidup kita menuju cinta-Nya dan syurga-Nya. 



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu

Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini

Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu

Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun

Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu

Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu

Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


"Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."

..:: May Allah Bless ::..

 

No comments:

Post a Comment