...counting...

Showing posts with label our story... Show all posts
Showing posts with label our story... Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Ceritera sebulan lalu..

Assalamualaikun wbt.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menaip. Tiga menuju empat minggu berlalu. Dalam sedar atau tidak. Terlalu banyak perkara berlaku, seiring dgn perasaan yang turut berubah-ubah saat peristiwa yang hadir ada yang suka dan duka. Jadi, jom kita baca dan baca:

1. My bestie aka Farhana Lokman pergi sambung masters for a year at University of Manchester, UK (11th Sept 2014, 0200am). Sedih. Gembira. Semua rasa jadi satu waktu pergi hantar kat KLIA. All the best my dear!



2. My lovely sister aka Salimah pun fly kembali ke Mu'tah, Jordan. (15th Sept 2014, 0945am) Dia sedih je nak balik hari tu sebab seronok duk rumah selama tiga bulan. So, nak bagi semangat kat dia untuk balik sana, semua pakat-pakat hantar dia ke KLIA. Adik-adik excited main troli pusing satu KLIA..








3. Me turned 24th years old.. (19th Sept 2014) Dah tua, hehe :) Thanks for the wishes! Sebab teringin nak makan carrot cake dan hawa (kawan syerah yg KTD) pun request, so me baked it. Alhamdulillah sedap! Nyummy...



4. Ambil jubah untuk Konvo 13th oct 2014 nanti. (25th Sept 2014) Alhamdulillah after almost six years studying, finally I'm graduating from IIUM. Such a beautiful memories been created there for years. Missing IIUM friends and classes already. Then how about exams?? Err,, so far no, I don't think so. hehe.. Jom tukar ke status pekerja pulak..




5. Eldest brother birthday. Sanah Helwa adik! sweet 7 years old on 26th Sept 2014. Papa (we called him) requested a birthday cake. At last, he got a moist chocolate cake,, hehe. Pening chef nak buat hiasan atas kek tu. Apapun, chef sangat berpuas hati dengan deco tu walaupun kek ni sedikit padat. Dah lama tak buat kek kukus, tu agaknya kek ni merajuk tak nak gebu *_* need to do another attempt la kalau gini.




Ok, I think for this post, above stories surely tell you guys my journey for almost a months ago. Just why I couldn't update my blog. Oh not to forget,

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA!



Insya Allah, till we meet again Ms. blog. Excited nak konvo next week :)
May Allah bless and ease for us every single thing we do,, Amin.

Ps: Someone is missing, thus I am missing too..



Wednesday, September 10, 2014

Kembali..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Lembaran baru dinukil setelah hampir setahun lebih diam tidak berkutik.

Rindu laman dan ruangan ini,, insya Allah, hari ini untuk meninggalkan jejak pertama. 
Dengan harapan akan ada jejak dan nukilan seterusnya di hari kemudian.
 
Moga Allah beri kekuatan. 
Betapa aku rindu ^^

Saturday, March 9, 2013

I'm engaged...

Bismillahirrahmanirrahim.




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Izzah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ummi bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ummi, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ummi angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Izzah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila awak menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti kamu akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Safiah tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ummi angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Izzah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabat juga semakin galak mengusik.

"Wah, Izzah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ummi.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Safiah bertanya kepada ummi beberapa minggu kemudian...

"Izzah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ummi  tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Izzah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Safiah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ummi  angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Izzah selalu menangis... Safiah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Izzah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Safiah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Izzah yang diberikan oleh ummi.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ummi mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

----------------------------------------------------------


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat aku memakai cincin. Kerana, aku sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila aku akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


Setidak-tidaknya, Izzah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... 

Argh... Untungnya Izzah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


* Kisah ini bukan kisah diriku (Izzah), ianya kisah KITA semua, untuk ibrah bersama *


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


May Allah Bless

Wednesday, January 2, 2013

When I first saw you...



Bismillahirrahmanirrahim.. 

Alhamdulillah,,, Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih buat hamba-Nya. Allah masih izin diri ini untuk berada di lembaran 2013. 2012 baru saja berlalu. Kehadiran 2013 tidak dirasai penulis kerana berada dalam fatrah final exam ni menuntut untuk lebih fokus pada buku, nota dan ulangkaji.. Syukur pada Illahi kerna buat masa ni, dah lepas 3 papers.. dan masih berbaki 4 papers,, dan yang lebih menarik+mencabar 4 papers ni semuanya berderet-deret.


izzah, fighting!!


Ok, briefly this is my final exam schedule:

28th Dec 2012
9am : Advanced Taxation
3pm : Analysis and Design for Accounting Information System

31st Dec 2012
2.30pm : Fiqh for Economist III

6th Jan 2013
3pm : English for Academic Writing

7th Jan 2013
2.30pm : Strategic Management

8th Jan 2013
9am : Accounting Theory and Policy

9th Jan 2013
9am : Accounting for Islamic Banks 


After 9th Jan, Insya Allah it is the end of my semester six. Alhamdulillah, could not waiting to finish my degree. hehe. And the best things is that I'm going to have practical training for six months. Surely it is such a long period of time. Again, I am looking forward for my first working experience from finance field. Most of my seniors said that when you're start working, you'll realized that the moment you in the study period is more enjoyable and lovable. You'll miss 'em later. So, looking forward for that. :) 

-------------------------------------------


"When I first saw you...
I started to fall in love with you..
And when you are not around..
My heart is missing you.."


Ok, please don't make any false assumption at the first place. Let me write a story here.


Salam,, hi there, nice to meet you. ~ my momo


One upon a time, when I'm online, I saw an ads that selling a hamster. Because I feel that hamster is very cute and fluffy, without any deeply thinking.. tup tup I already bought one... Back then it is 2 months and about two weeks if I'm not mistaken. So now, it's already three months, right?

Sebab dia comel, so tuan dia bagi nama 'MOMO'. Alhamdulillah, almost 2 weeks it's with me. I'm so happy for having momo in my life. Thanks Allah for giving me such a precious moment and grant me momo. 

My momo sekarang makin aktif dan lincah. Dia suka buat bising waktu orang dah nak tidur. Momo suka gigit cage dia seolah-olah nak minta tuan dia lepaskan dia sebab dia memang suka jalan-jalan, then bila dah penat, dia akan makan kuaci +bijirin2 dia, and sometimes it will act like a monkey... then terjatuh balik.. kesian tengok tapi itu memang lifestyle of a hamster kan? Kadang2 bawa momo jalan2 dekat rumput di kawasan yang lapang.


Ni gambar kawan2 momo yang di 'google'. Sebab tak sempat nak upload gambar momo dalam lappy banyak2.

~~ kawaii ~~

momo also love climbing it's cage...

soo fluffy,,, geram!
it's eating time!

Pengalaman menjaga binatang peliharaan memang menyeronokkan. Just imagine when the first day I bought momo, I texted all my family members to tell them about our new cutie family member. Ada yang doubt whether I can manage to take care of it very well, especially when my final exam is just around the corner. But Alhamdulillah, not only me who take care and give attention of momo, but my roommates also love momo. Sometimes they give feed momo, play with it and the best things to do with momo is teasing it until it become stressed out. 


Sometimes my younger brother will call me and the conversation is all about momo... 
and forgetting his sister. [hmmm.. sabar je :) ]

" Kak, momo tengah buat apa?" 

 "Bila kakak nak bawa balik momo?" 

....and etc.


One day, after come back from cafe.. I gave momo 'nasi goreng belacan' since it started biting it's cage. Maybe due to the aroma of that nasi? Then sebab macam kesian, I give it a several small tiny of rice. At first, momo enjoy it. Then it started to asked more by biting it's cage. So I give it again. But I don't know why, suddenly momo just being silence at the corner of the cage. Macam orang tak sihat all of sudden. Lama juga momo macam tu. I'm calling it name but it not even look at me. I'm start to worry. I don't know what to do but praying for nothing goes wrong to my momo :( but Alhamdulillah, the day after that momo become active as usual. So my assumption is ' momo mesti termakan biji cili nasi goreng semalam'. sian momo.. sorry momo for not being a good keeper for you.




Bila Allah izin ada peluang jaga momo, sometimes rasa macam jaga baby je. Need to give attention and play with it always. Roommate pun cakap macam tu. I love baby because they are cute, and momo too because it is cute. Rasa macam nak picit2 je momo bila pegang dia by hand. Geram!!


Ok, I think that's all about momo. 
Since momo pun tengah tidur sekarang, I should do my revision too. 
Pray for me.

Notes:

I'm glad it is 2013 now. Year passes, hoping that I could do better this year. Leaving out the painful and sad memories in 2012. Being a good slave of Allah, muslimah and daugher for my beloved parent. Being a cheerful and sweet sister for my siblings. hehe.

Memori 2012 sangat banyak. Ada suka dan juga duka. Mengajar penulis erti kesabaran, pengorbanan, kesetiaan, tanggungjawab, persahabatan sejati, dan banyak lagi. Tak kurang 2012 menuntut penulis supaya menjadi lebih kuat dan tabah. Dugaan dan ujian juga tidak kurang hebatnya. Sakit hati, kecewa, sedih, bertahan dan banyakkan didik hati untuk terima. Risau jika saat meniti perjalanan itu, ada yang terguris dan penulis tersilap langkah. 

Tapi satu perkara yang di semat dalam hati,  Allah tahu apa yang terbaik buatmu. 
Apa yang Dia berikan dan persembahkan dalam hidupmu, harus kamu terima dan intai hikmah disebalik sesuatu itu. 
Jangan cepat membuat telahan dan melenting bila ada yang menyakiti hatimu. 
Semuanya bersebab. Dan penulis yakin itu.

Now is the time for wake up, live your life to the fullest, and not to forget, always do everything for Allah. Feel the presence of Allah in every step of your action, every second in your life. 
Because pleasing Allah will never let you feel disappointed, will never let you down. It is the easiest.


"O young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you (have need to) ask, ask of Allah; and if you seek help, seek help from Allah." [Hadith 19]


May Allah Bless


Thursday, December 6, 2012

Sergapan Rasa Memiliki

Bismillahirrahmanirrahim

Kutipan salah satu bab di dalam buku Jalan Cinta Para Pejuang. (Salim A. Fiilah)


"..milik nggendhong lali.."
"rasa memiliki membawa kelalaian"
-peribahasa Jawa-

Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sehat. Dan pilahan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.


Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’.

”Subhanallaah.. wal hamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
♥♥♥

Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesadaran tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’-, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah, dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesadaran yang kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.
 
Sergapan rasa memiliki terkadang sangat memabukkan..

Rasa memiliki seringkali membawa kelalaian. Kata orang Jawa, ”Milik nggendhong lali”. Maka menjadi seorang manusia yang hakikatnya hamba adalah belajar untuk menikmati sesuatu yang bukan milik kita, sekaligus mempertahankan kesadaran bahwa kita hanya dipinjami. Inilah sulitnya. Tak seperti seorang tukang parkir yang hanya dititipi, kita diberi bekal oleh Allah untuk mengayakan nilai guna karuniaNya. Maka rasa memiliki kadang menjadi sulit ditepis..

.............................................................................................................................................

"Engkau pasti tau" katanya.
 
Saya hanya bisa meraba dan menduga. bahwa agar terasa bagi sesama, dalam dekapan ukhuwah kita harus belajar menghadirkan rasa terbaik kita. bukan gemerlap cahaya. bahwa dalam dekapan ukhuwah yang berharga adalah apa yang bisa kita nikmati bersama, bukan sesuatu yang secara egois kita sesap sendiri. maka untuk meraihnya kita telah diajari menelusur beberapa butir pokok:

1. dalam dekapan ukhuwah, iman kita diukur dengan mutu hubungan yang kita jalin.
2. seiring itu, sebuah hubungan dalam dekapan ukhuwah harus didasarkan pada iman.
3. bahwa baik iman maupun ukhuwah bukanlah hal yang semula jadi dan bisa muncul sendiri.

"dan belajarlah untuk mengetahui bahwa engkau tahu" katanya lagi...

Dalam dekapan ukhuwah ini,
Aku mencintai kalian saudara-saudaraku karena Allah. 

May Allah bless..






Thursday, November 8, 2012

Sebab dia adalah sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..


Saat ini rindu menemani hati,, teringat pelbagai memori-memori lalu...
rindu pada Allah, pada keluarga, pada dia yang sudah lama tidak kutemu, dan pada sahabat-sahabat perjuangan. 

Banyak yang berubah kala ini, dan banyak yang kurasakan ku perlu tangkas untuk mengikuti rentak perubahan ini. Kekangan waktu dirasakan semakin menghimpit. Saat-saat seorang daie,pelajar dan sahabat diuji. Maafkanku sahabat andai kesibukan ini menjarakkan kita untuk seketika.

Dan sungguh indah bila kupandang di sisi, senyuman dan semangat dari sahabat menemani dan menguatkan langkahan ini. Terima kasih sahabat!

Ketika melayari laman muka buku, kutertarik dengan status seorang teman-

 Adakah iman kita yang robek saat Ukhuwwah ini diuji? muhasabah... 

ketika kubaca firman-Nya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu di risaukan
tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firman-Nya, “Sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan
karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai

aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
mungkin dua – duanya, mungkin kau saja,
tentulah terlebih sering imankulah yang compang – camping

kubaca firman persaudaraan
dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
‘para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain…
kecuali orang – orang yang bertaqwa”

( Salim A Fillah)
~Ku baca Firman Persaudaraan~



Diatas manisnya ukhuwwah yang kurasakan, izinkan ku berkongsi sebuah puisi,, (tak ingat ambil dr mana ^^)


Sebab Dia Adalah Sahabat.

Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.


~ ku doakan kesejahteraanmu walau dimana kau berada,, Ya Allah, lindungilah Ukhuwwah antara kami.. Jangan Kau pisahkan kami kerna dosa-dosa kami yang lalu..


Tuesday, July 17, 2012

Pretending is better than hurting?



Someone once whispered to me:


 "Pretending is better than hurting"


I turned up my face, looking into her eyes. "Why did you say like that, huh? Is somethings happen?"


please, do something!


Then, she told me a story of her life, her experiences to be precise.. Her story, full of sadness, happiness, disappointment and motivation. I listened carefully without interrupting her words.. I didn't get surprised with everything she just said, and the first 'wisdom' earlier from her mouth. I'm pity her, and I don't wish to have the same stories like her. But I do try, be in her shoes.


you're not okay, right?




I'm looking deeply to her face, grab both of her hand, hoping that I can supply some strength, then, I put my hand around her neck and give a hug, and say: "Please, don't get hurt again. Stop pretending not to see anything. Because for me, when I'm pretending, I will become more hurting. My wound inside my heart will become deeper and I'm afraid that I cannot help myself to start hating. I don't want the love you synergized yesterday end up with the hatred tomorrow."


sharing is really helpful,, why don't you try?


Both of us keep silence. I only heard the wind blows slowly, without any song from the birds. Suddenly, I heard the crying. I know it hers. I can feel the burden she had for a while. I cannot imagined how if it is me. Can I be like her, become so strong? And smile even if she is hurting so much? My eyes now is watering so bad, and not a second passes, the tears just falling slowly.. Then we cried together. She has been sooo strong and be patient for the time being and for sure, for a long time I guess. Let her let go all those bad feeling, disappointed, and distress before.


Try to be like her. No matter how much she feel so bad about her problems or feelings, she just be patient and put trust to Allah. She always pray that because Allah always knows what's better for her, lets Allah's plan her everyday.. She just wanna smile, don't wanna burdening others, and make everyone surround her happy. As long as it is all about happiness, she can take it..


Sayonara!

Don't make me falling into that kind of emotion for the second time!
I'm afraid I can't stay still. It's very bad when hurting, feels like the heart is going to burst out.


 -------------------------------------------------------------------------------------------------------


What is this post all about?
Hmm, please make your own assumption, and don't ask me. I will not say anything.
This is a true story,, so to all readers, don't hurt yourself by pretending, okay?



...May Allah Bless...