...counting...

Thursday, November 6, 2014

Si kecil comel yang pergi T_T

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

-----------------------------------------------------------------

Today. I felt miserable. Simply because I lost my cute kitten. For the second time. The heart is the one which is aches so much and heartbroken. Cried because of this. I also can't believe this. It shows how my heart do love this kitten. Rest in peace, sweetie!

Comelnya anak kucing ni!


Daun muka pintu terbuka dari dalam. Kelihatan seorang anak gadis keluar bersama sebakul baju untuk disidai. Cuaca masih redup, walau jam sudah mencecah jam lapan pagi. Matahari mungkin masih bersembunyi di balik awanan.

Pandangan di tala terus ke ampaian. Dua tiga langkah derapan kaki, dia terhenti. Terlihat sebuah kotak.
"Ahha, baru perasan tak nampak lagi anak kucing hari ni. Selalunya pantang pintu rumah dibuka, pasti dengar sayup-sayup suara si kecil yang berwarna hitam coklat tu. Atau pun, boleh nampak si kecil itu tidur didalam kasut." Kepala mula ke kanan ke kiri mencari kelibat si kecil. "Ok jumpa!" Kat dalam kotak dan masih tidur rupanya. Kepala ditundukkan lalu tangan mencuit badan si kecil comel. Satu kali. Dua kali. Tangan menolak lagi berkali-kali. Reaksi yang minimal dari si kecil. Bimbang. "Allah, sudah. Kenapa pulak ni anak kucing?" Si gadis menyoal si kecil yang diam tidak bergerak. Hati dipagut risau yang amat. Sungguh hati ini sudah menyayangi ia.

Lantas, si gadis bangkit dan menyelesaikan tugasan yang pertama. Sidai baju. "Owh dua bakul? Banyaknya.." Omelan biasa. Iyalah, keluarga kita kan besar. Pantaslah baju yang diguna pakai dua kali ganda. Ok, ikhlaskan hati dan buat sahaja. Bantu keluarga kan besar pahalanya. Ada ummi yang sedang memasak sarapan buat sang suami dan dia, ada adik yang sedang SPM, dan yang kecil-kecil lainnya semua sudah ke sekolah. Jadi buat saja. Permudahkan mereka. Lima belas minit diperuntukkan untuk menyiapkan sidai baju.

Selesai. Fokus beralih arah. Pada si kecil comel tapi kelihatan tidak bermaya. Diangkatnya keluar dari kotak dan diberi minum air putih. Kemudian terlihat si ibu kucing datang menjilat dan berlalu pergi. Diangkatnya si ibu dan dibaringkan. Mengangkat si kecil comel untuk menyusu. Si kecil beraksi seperti sangat lapar. Tapi sedih, tidak sampai seminit si ibu menolak. Dan bangun menjauhkan diri. Si anak mengiau perlahan. Dalam hati si gadis, "Hmm sudah, macam mana ni? Confirm anak kucing ni dah lama tak menyusu. Tu yang lembik satu badan." Si gadis berlalu ke dalam rumah dan mula membancuh susu tepung. Keluar lalu disuakan ke mulut si kecik comel. Mula-mula minum, tapi lama-lama anak kucing tu statik. Dan air susu itu terkeluar dari mulut. Mata mula berair. Sedih. "Ya Allah, jangan yang sama berulang. Hati ni sangat sedih.. "

Persis si kecil comel. Serupa tapi tak sama.
Selepas memberi minum si kecil comel, si gadis bangun dan membaringkannya ke dalam kotak. Dialihkan kotak ke tempat yang lebih redup. Dalam hati berdoa, "Ya Allah, sembuhkanlah anak kucing ni."

Hari Khamis. 6hb November 2014. Ya, pastinya kena masuk pejabat. Bersiap, sarapan dan berjalan ke tempat kerja.

Jam satu tengahari, lunch hour. Kaki melangkah laju balik ke rumah. Niat nak tengok si kecil comel menerpa saat kaki melangkah keluar dari pejabat. Menuju ke kotak. Mata berlinang. Lebih hebat dari pagi tadi. "Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali" [Al-Baqarah: 156]. Ya, si kecil comel sudah kaku tidak bergerak. Sedih sangatt. Tak tau nak kata apa. Anak kucing kedua dah tiada. Adiknya mati lebih awal lagi. Pada 1hb November lalu. Sebab apa pun tak tahu. Masuk ke rumah, semua diam. Kemudian terdengar suara adik bongsu berkata, "Ayah, anak kucing dah mati." Pahitnya mendengar ayat tu. Ayah mengiakan. Adik perempuan bongsu keluar dari bilik.  "Kak, tadi yana dah menangis sebab anak kucing tu.." Si gadis sebak. "Kakak pun. Hampir. Sedihnya. Lain kali tak payah bela kucing lagi la.."

Jam dua lebih sikit petang, si gadis keluar untuk kembali ke pejabat. Dilihatnya si ibu kucing berjalan ke arah kotak. Kemudian menjilat si kecil comel yang sudah tiada. Pasti sedihnya berganda. Kematian dua anak pada minggu yang sama. Tenanglah dikau di sana, sikecil comel. Sheeshh,, air mata mengalir menuruni pipi.

Kematian sungguh menyedarkan diri yang lena. Beruntunglah bagi yang mengambil ibrah daripadanya. Orang yang paling cerdik adalah yang sering mengingati akan kematian. Kita tidak tau bila saatnya waktu kita akan tiba. Maka persiapkanlah diri supaya kita mendapat husnul khotimah (pengakhiran yang baik). Mari sama-sama cipta seni kematian kita.

Tiba-tiba, rindu membuak-buak terhadap arwah ummi.

May Allah Bless.

Monday, November 3, 2014

Resepi Puding Raja

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang untuk belajar sesuatu yang baru. Sejujurnya, puding raja ni bukanlah one of the check list yang nak di 'cuba' masak waktu weekend. Tapi since ada balance kuning telur daripada buat pavlova dua minggu lepas, ok nampaknya kena fikir nak buat apa dengan benda tu. Dekat office pulak ada sorang akak yang memang suka masak dan cuba benda baru, dia cakap puding raja ni guna telur kuning je. Hah see, Allah bagi peluang untuk belajar masak pemanis mulut dari negeri Pahang ni. Yang menentukan jadi atau tak puding raja ni, adalah sikap samada rajin atau malas nak ke dapur.. Huhu.. :)

Ok, Jom kita belajar cara nak buat benda ni. Khas untuk kawan2 yang request kat facebook tempoh hari.
Sumber: http://spicesjourney.blogspot.com/2012/06/perjalanan-puding-rajaku.html



First trial: 1 November 2014



PUDING RAJA

Firstly, ada 4 bahagian pencuci mulut ni. Pisang goreng, Sos kastard, Roti jalaemas, dan hiasan atas. Kita go through one by one ye..

1. Pisang goreng

Bahan2:
 Pisang emas (Kalau tiada, boleh guna pisang awak yang saiz kecil)
Minyak masak

Cara2:
 - Panaskan minyak ke dalam kuali. Gorengkan pisang sehingga garing dan nampak warna perang2 camtu.

p/s: Pisang ni kalau yang simpan lama lagi sedap, sebab lagi manis. Atau guna pisang yang sesuai untuk buat cekodok.


2. Sos Kastard

Bahan2:
 1 tin susu cair
1/3 tin air
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 helai daun pandan
Sedikit gula

Cara2:
- Pukul ringan telur di dalam mangkuk.
- Dan satukan susu cair, air, esen vanila, gula dan daun pandan. Kacau  rata.
- Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
- Bila gula dah larut, boleh tutup api. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk untuk 1 jam sebelum dihidang.


3. Roti Jalaemas

Bahan2:
15 biji telur kuning
1 tsp pewarna kuning telur 
1 liter air
500g gula
4 helai daun pandan (Diikat)

Cara2:
- Tapiskan telur kuning. Campurkan pewarna kuning telur dan gaul sebati. Letak ketepi.
- Masukkan air, gula dandaun pandan ke dalam periuk. Biar sehingga gula larut dan air gula agak pekat.
- Kemudian keluarkan daun pandan.
- Ambil acuan roti jala. Masukkan 1 senduk telur kuning ke dalam acuan roti jala. Jalakan di dalam periuk.


4. Hiasan

Potongkan ceri hijau, ceri merah, kacang gajus, kismis hitam dan buah prune. Susun cantik2 kat atas roti jalaemas.


Cara menghidang:

Guna mangkuk. Lapisan bawah sekali susun pisang goreng. Secondly susun roti jalaemas cantik2.. Then letak hiasan2 atas jalaemas tadi. Bila nak makan, baru bawa keluar sos kartard dari peti sejuk dan tuang atas desert ni. Insya Allah sedap!

Selamat mencuba!

May Allah Bless.