Bismillahirrahmanirrahim...
~Dhuha~ |
Sama2 berdoa moga hari yang dilalui hari ini dapat dimanfaatkan dengan amal2 kebaikan dan mendapat nilaian disisi Allah.. Ok, sekarang dah tiba waktu Dhuha bukan? Saya mula belajar tentang solat sunat Dhuha ini ketika di bangku sekolah rendah, darjah 5 if tak silap.. cikgu pun turut ajar praktikalnya di surau sekolah.. Tapi time sekolah menengah, masa itulah saya benar2 menjadikan amalan solat Dhuha sebagai rutin.. bukan bermaksud saya melakukannya setiap hari, tapi dulu masih dengan jiwa nak bermain2 melebihi menilai sesuatu secara serius, jadi saya akan try solat jika ada masa terluang..
Bila masuk uni, ramai rakan2 disekitar saya menganjurkan diri untuk jadikan solat sunat Dhuha ini sebagai rutin harian.. (jika x clash dengan class).. sebab apa? kalau dilihat dari segi pelaksanaannya, solat sunat ini tidak mengambil masa yang lama untuk ditunaikan... if x sempat sangat, buat 2 rakaat pn boleh.. bacaannya pun mudah, rakaat pertama- Al-Fatihah dan surah As-Syams, rakaat kedua- Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha..
Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.
Firman Allah s.w.t :
"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka. " (Surah al-Dhuha : 1-5 )
Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat. Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.
Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita. Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha. Apa kelebihan solat sunat Dhuha ini.
Mari kita perhatikan hadis di bawah : Rasullullah S.A.W. bersabda,
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
Rasullullah S.A.W. bersabda lagi, maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibn Majah dan Tarmizi)
Jadi, kita bolehlah melakukan solat sunat ini untuk menambah rezeki anda disamping mendapat keampunan Allah SWT. Disamping usaha kita, kita sebagai manusia yang lemah juga sangat perlukan bantuan daripada Dia, kerana segala rezeki hanyalah datang daripada Dia.
One more things, saya suka dengan bacaan doa selepas solat sunat Dhuha ini.. Setiap hari di radio IKIM, lagu ni diputarkan,, sedap sangat.. maksudnya pun sangat indah.. Masya Allah..
Maksud:
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikanMu,
keindahanMu,
kekuatanMu,
kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikanMu,
keindahanMu,
kekuatanMu,
kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Jadi, selamat beramal!
Thanks pada kawan2 yang bagi tembakan doa, dorongan dan motivasi untuk saya menjadi seperti saya pada hari ini.. semoga Allah memelihara kalian semua..
No comments:
Post a Comment