PuzzLes of Life
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
-IHAB-
Alhamdulillah, rasanya setelah sekian lama blog ini tidak di update, Allah masih berikan ruang dan masa untuk terus mencoret hari ini.. Sebulan yang lalu, segalanya berlaku dengan pantas, tak sempat untuk saya menghitung perkara yang telah dilakukan.. assignment yang banyak, midterm xm, program2 islah diri dan lastly final xm... tup tup... sekarang dah ada kat rumah untuk cuti semester selama 2 bulan.. sekejap bukan??
Bila tiba bab bercuti, pelajar uni seperti saya adalah manusia yang paling gembira.. bahkan saya rasakan semua orang enjoy pabila cuti sem tiba, bukan? sebab dahlah jarang dpt balik ke rumah wlupun hakikatnya rumah dekat. Sebabnya saya rasakan masa yang ada sekejap sangat, x sempat nak kejar tapi dah berlalu.. tapi tanggungjawab juga makin bertambah bila usia makin meningkat, itu satu fakta yang takut untuk saya fikirkan.. tapi bila fikir2 kembali, tanggungjawab akan menjadi ringan dan mudah pabila kebersamaan mengiringi.. pabila ada yang memikul sesuatu amanah itu bersama.. dan saya sentiasa berdoa, "Ya Allah, permudahkan segala urusanku dan urusan sahabat2ku"..
Berada di uni dan ambil short sem, 2 subjek pun rasa berat.. sebab kerja dan lecture class jadi double.. baru dapat assignment @ project semalam, minggu depan dah kna submit.. wah, memang mencabar dan menakutkan.. discussion boleh dikatakan setiap hari kna ada.. if not, progress homework pun akan ter'effect'. Alhamdulillah Allah sertakan teammate yang cekap dan memberikan kerjasama dengan baik..
Haa!! yang lebih best time short sem kali ni adalah roommate. Bak kata khatijah, seorang junior yang cool, "this is the best short sem eva".. and it's true... makan2, jalan2, dan etc.. ok, memori bersama roommate dan yang sewaktu dengannya akan saya simpan kemas2 dalam hati... Sentiasa mengira detik2 manis bersama kalian, rasa sayang dan rindu bila terkenang. Mekasih semua!! ~~ Bila dah habis xm, detik itu paling sedih, part perpisahan.. sungguh, saya paling x suka perpisahan.. tapi dengan kesedaran minda yang sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan, saya redha dan akur.. satu lagi, geram saya bila ada yang buat main2 dengan part ni.. (hmm, orang sedih tau tak??)
Bahkan Allah pun berfirman dalam Al-Baqarah; 156 bermaksud:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali ".
Sesama kita pun di akhirnya akan berpisah, bukan? kalau berpisah sementara untuk pertemuan di hari mendatang pun susah ntuk dihadapi, bagaimana kalau berpisah untuk selama2nya.. muhasabah saya bila memikirkan semula..
Part paling seronok bila hols adalah bertemu dgn family. Meriah dan riuh rendah sungguh rumah. Sorang buka mulut, semua nak mencelah dan bercerita. Pening kepala jadinya.. tapi dalam diam saya bahagia begini.. Rindu suasana ini. Kebetulan, semua orang ada, so lengkaplah kuota untuk minggu ni. sebab esok, adik saya dh hbis cuti and perlu balik ke uni dia ( sedih ).. xpe2, raya nanti jumpa semula I.Allah.
Ujian... Allah memang sayangkan hamba-NYA. kerna itu dugaan sentiasa menemani hari2 kita. Dia mahu kita teruskan meletakkan pergantungan pada-NYA, berdoa dan ingat terus-terusan pada-NYA. Memang tak dapat dinafikan, dengan ujian yang mewarnai hidup jadi terisi.. kaki makin kuat dalam melangkah, hati makin tabah mengharungi titian ini, dan diri menjadi cekal... dan banyak perkara baru yang dapat dipelajari daripadanya. Tak kiralah saya berada dimana, waktu apapun.. di uni, di rumah dan etc.. seringkali Allah corakkan hidup ini bertemankan ujian.. menguji kekuatan dan ketahanan diri ini.. seringkali air mata mengalir menangisi dan merasa akan kekerdilan diri hamba.. rasa masih tidak menjadi hamba yang sebenar-benar hamba-Nya, bimbang menjejaskan usaha mengajak yang lain menjadi hamba-Nya..
Namun bila Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 185-186 yang bermaksud:
"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu, dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaknya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang di berikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku (Allah) dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a, apabila ia memohon do'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
Ya, yakin Allah bersama mu sentiasa. Allah sedang mentarbiyah diri dan bukan untuk membebani.. belajar dan terokai apa hikmah yang tersembunyi dan bangkit dari kesedihan yang mengaburi.. teringat satu quote, "Allah menghijab matahari di balik awan dan menghadirkan hujan dalam susunan untuk mengeluarkan pelangi yang indah".. cantik kan susunan dan neraca Allah?...Allahu Yusahhil.
"Pada Allah itu kekuatan..
Apabila kita serahkan diri kita pada-NYA,
proses diri kita untuk memahami proses-NYA,
kekuatan itu akan hadir pada kita"
~~ pada-MU kupohon dikuatkan hati, dilapangkan dada dan dipermudahkan segalanya ~~
never give up... ganbatte!!
Remember: we're not a judge to someone, but we should hold their hand and walk together..
May Allah bless everyone of you
don't worry, rumah jah dkt je..kalu rindu anytime blh ziarah..hehe~
ReplyDeletedis is awesome! >.< jzklh perkongsian yg menarik
ReplyDeleteJazakillah pada Nurul.. may Allah bless :)
ReplyDelete