...counting...

Friday, February 24, 2012

Damba cinta-Mu.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,, ,masih diberi peluang merasai nikmat-Nya.. Kedua-dua tangan diangkat.. berdoa, tanda kesyukuran yang tidak terhingga. Allah Maha Pengasih. dan Allah juga yang mengawasi segala ketentuan dan takdir yang berlaku pada diri. Hubungan dengan-Nya yang perlu sentiasa diperbaiki, supaya diri hamba tidak terputus ikatan dari-Nya. Dan semoga segala amal perbuatan yang dilaksana adalah kerana-Nya. Sesungguhnya, manusia itu hamba. Dan seorang hamba sangatlah memerlukan Tuhan. Kerna hidup kita menuju cinta-Nya dan syurga-Nya. 



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu

Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini

Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu

Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun

Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu

Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu

Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


"Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."

..:: May Allah Bless ::..

 

Monday, February 6, 2012

Cheesecake :)

Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni nak post tentang resepi, boleh kan? hehe...
Alhamdulillah,, sebenarnya dah lama sangat nak buat cake ni.. 
Bahan semua dah lama menetap dalam peti sejuk tu, menanti masa untuk digunakan je....
Jadi, sebelum cuti berakhir saya dah set siap2 nak bagi family try cheesecake ni... 
ok, ni hasilnya selepas saya dibantu beberapa adik yang lain selama 90 min masa penyediaannya..








so nak share the secret recipe untuk CHEESECAKE ni.. 
(sedap... tak sampai satu hari dah habis adik2 saya kerjakan..)

BAHAN2:

Untuk base :
• 2 paket biskut oreo (original flav.)

• 50gm unsalted butter - dicairkan (double boil)


Untuk Filing:
A~
- 250gm (8oz) Philadephia cream cheese (dilembutkan pada suhu bilik)
- 100ml susu segar 
- 100gm butter 
- 1tsp esen vanilla 
- 3 sudu besar jus lemon
- 6 biji telur kuning 
- 60gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 1/4 tsp garam

B~
-120 gm gula 
- 2 sudu jus lemon
- 6 biji telur putih

Cara membuatnya:


1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.


2. Masuk cream cheese, susu segar dan mentega dalam periuk dan cairkan (double boil). Tunggu seketika sampai sejuk. Bila dah sejuk boleh campurkan semua bahan A. Gaul sampai sebati.
 
3. Di dalam bekas sederhana besar, putar telur putih dan jus lemon. Bila dah berbuih dan kembang, masuk kan gula. Pukul lagi sampai kembang. (Bahan B)

4. Campurkan bahan A kedalam bahan B.
Bagi adunan sebati. 
Then masukkan kedalam loyang yang dah ada base biscuit tu...

5. Panaskan oven selama 10 minit sebelum bakar. Bakar menggunakan kaedah waterbath. 

6. Bakar selama 55 minit dengan suhu 160 degree celcius.

DONE!! Selamat mencuba ~~

~ ok, ni gambar google ~

Apapun, niat mesti kerana Allah semata. dan doa semoga semuanya menjadi. tapi kena try dulu lah.
Seronok hati bila tengok family makan bila kita sediakan sesuatu menggunakan air tangan sendiri. 
Rasa puas hati. Jadi, kena rajin-rajinkan diri untuk jadikan ia kenyataan.
___________________________________

"Live simply,
Speak kindly,
Care deeply,
Love generously.

May Allah Ease and Bless us :)

All and all....


Ketika bertemu, seorang teman berbicara: 

“kamu, tulislah something kat your blog, sikit pun cukup. jangan biar ia terlalu lama menyepi... sebab kita tak tau siapa yang baca blog kita, mungkin ada antara yang membaca terkesan dengan penulisan kita dan dia menanti tulisan kita yang seterusnya.......” 

Saya mengerti perkataannya. Blog juga sebagai wasilah dakwah....


*******************

   Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada diri untuk terus menghirup udara-Nya, memilih diri kita untuk hidup hari ini, untuk terus berubudiyyah hanya kepada-Nya, untuk berjalan dimuka bumi yang sangat luas dan indah sambil mensyukuri segala nikmat pemberian-Nya yang tidak mampu untuk kita hitung, dan paling penting, kerna menganugerahi kita dengan nikmat IMAN dan ISLAM. 
   Ayuh sama2 panjatkan selawat keatas Nabi Muhammad saw, kerna dengan perjuangan dan kasih sayang baginda ajaran Islam telah sampai kepada umat manusia. Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua...





   Dalam surah Al-Asr, ayat 1-3 Allah telah bersumpah dengan masa bagi yang tidak menggunakannya secara bijak dan bermanfaat, maka akan berada dalam golongan mereka yang rugi.. Nauzubillah! Semoga Allah memelihara kita dari menjadi golongan tersebut dan mengizinkan kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Amin... 

   Masa yang dilalui sangat pantas. Dan tanggungjawab dan tugas yang perlu kita lakukan melebihi masa yang ada. Menyedari hakikat ini, saya toleh ke belakang untuk seketika, sepanjang perjalanan masa (usia) yang Allah beri pada saya, apakah yang telah dilakukan dalam perjalanan masa ini? Adakah amal yang dilaksanakan mendapat ganjaran baik disisiNya? Ataupun sia2 belaka? Adakah sudah bersedia andai diri dipanggil menghadapNya? Adakah persediaan bekalan ini sudah cukup untuk ke destinasi kekal di akhirat sana?

   Ada saat dan ketikanya saya akui terleka, terbelai dengan keindahan duniawi dan terlupa. Buat sesuatu bukan kerana Allah. Tapi kerana mengejar hakikat yang sementara. Rasa malu bila teringat, diri sentiasa meminta untuk kesempurnaan itu ini, tetapi terlupa untuk mensyukuri segala nikmat yang telah dikurnia.. sedangkan, Allah sentiasa memberi dan tidak putus2 rezekiNya hadir kepada kita, tapi kerna kita manusia, kita lupa kepada yang telah diberikan dan meminta dengan lebih lagi. Allah Maha Pengasih...


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku amat berat.” [Ibrahim:7]

~ syukur itu indah ~

  Untuk bersyukur dan punyai nilai yang baik, paling penting setting dalam hati.. HATI.. satu elemen yang penting dalam sesuatu jasad. Fungsinya sebagai penerima dan penolak kepada sesuatu perkara. Jika hati menerima dari sumber yang baik, maka baiklah jasad dan begitu sebaliknya. Dan perlu diingat, hati juga sifatnya berbolak balik, sebab tu penting untuk menjaga kejernihan hati., jadi bagaimana? Ketahuilah, sumber bagi kekuatan hati adalah solat dan Quran. Hati hidup dengan solat sebab solat itu ibarat hamba berbicara dengan Rabb. Seolah-olah ada pertemuan dengan Allah di dalam solat. Dan Quran pula, ibarat Allah berkata2 dengan kita melalui kalimah-Nya. Insya Allah bila kita pelihara dua amalan ni dengan konsisten, hati akan tenang dan Allah akan pelihara diri kita. Dan doa turut memainkan peranan penting dalam urusan menjaga hati ini.. 
 
   Ketika mendengar tazkirah, seorang murabbi menggariskan tips2 atau prasyarat untuk ‘mendapatkan’ Quran dalam diri kita;
  1.              Iman
  2.       Niat untuk dapt petunjuk dan as wasilah untuk dekat dan dapat redha Allah 
  3.             Mesti punya kehendak yang kuat untuk dapat/fahami Quran
  4.      Sentiasa sedar dalam perjalanan menuju Allah, syaitan akan letakkan halangan untuk capai matlamat
  5.          Yakin bahawa Allah akan bagi ganjaran pahala
  6.      Baca Quran dengan hati, bukan dengan mata atau lisan sahaja

MUHASABAH
“Macam mana kita nak ajak orang lain menghidupkan hati,
sedangkan hati kita pun tiada kehidupannya?” ~ [ARBI]


~Always check our heart~


************************

~ blog dah berusia setahun (Alhamdulillah!),, semoga terus bermanfaat kpd semua.
~ 3 minggu yang lalu, final xm berakhir. Dan dalam masa sehari ni, cuti selama 3 minggu pun turut berakhir..(sedih).. so be prepare untuk semester baru.. tingkatkan hammasah (semangat) untuk tingkatkan diri dan lebih cemerlang sem baru ni..(amin!)

 ...May Allah Bless...