Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya masih dapat menghirup oksigen di muka bumi ini, dan dengan izin-NYA juga, saya masih dapat merasai dua nikmat terbesar yaitu IMAN dan ISLAM.
Cuti mid-break baru sahaja usai semalam. Walaupun diberi cuti selama 9 hari untuk melepaskan rindu bersama keluarga, tetapi cuti kali ini saya rasakan amat singkat. Saya berpeluang untuk berada 2 hari saja di rumah. Masa yang selebihnya saya berjalan, bermusafir, dan mengislah diri... Tetapi bagaimana ya???
29-31 jan: saya menghadiri I-Lead, satu program kepimpinan yang dianjurkan uia.
3-5 feb: saya melibatkan diri dengan program PEWARIS.
5 feb (malam)~~~ balik uia... tak dapat ikut family balik kg di kedah.. :-(
Pewaris...
Program selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur kali ini sangat memberi kesan dalam jiwa ini.. Jika suatu ketika dahulu, yang duduk di kerusi peserta itu adalah saya, tapi kali ini saya yang berada di barisan urusetia... Saya diberi taklifan sebagai bendahari program, jadi di minda dan fikiran saya adalah DUIT saja...bak kata seorang teman, "tido ingat duit, bangun pagi terus ingat duit"....
~ di meja pendaftaran ~
~ peserta dan faci ~
Praktikal "islah nafsak, wad'u ghairak"....
Hari kedua program, kami berangkat ke KLCC untuk mempraktikkan segala teori yang telah tersemat sejak sekian lama di minda dan hati, on how to approach the people outside about Islam..
Ada banyak ragam manusia yang dapat dilihat apabila para peserta hendak menyelesaikan task yang diamanahkan... tapi itulah kehidupan... dengan cabaran dan kepayahan yang ditempuh, InsyaAllah dapat mematangkan diri dan menjadikan kita kuat menghadapi ujian2 di hari mendatang... Yakin bahawa Allah bersamamu setiap detik masa..
~ mengabadi kenangan sebelum berangkat pulang ~
Apa yang menarik di sana?
Alhamdulillah saya dapat beberapa input yag bermakna buat diri ini... jom kongsi sama-sama...
"Apabila solat (yang hitam) itu sampai ke tempat yang dituju, ia dilipat seperti dilipat kain buruk,
kemudian pada hari kiamat dipukulkan solat itu ke mukanya (pengamalnya)"...
ini adalah pabila kita menunaikan solat tetapi Allah tak terima pun solat yang kita buat...sebabnya kita tak khusyuk bila solat.. di fikiran kita masih terbayang hal-hal duniawi... sedangkan solat adalah untuk ALLAH semata... maka, sama-sama kita muhasabah bagaimana solat kita sebelum ini? adakah kita telah mempersembahkan solat yang terbaik pada-NYA?
~~~ Orang muslim itu ibarat batu-bata.... ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.... itulah yang saya rasa... bekerja dalam satu team yang serius dalam merencana, dan konsisten melaksanakan amanah yang disandarkan, dan ceria adakalanya... saya rasa gembira... bila ditimpa kesulitan ada yang menghulurkan tangan, bila terkurang ada yang melengkapkan dan bila nak gelak pun, sama-sama raikan.Credit to semua fasi dan urusetia program yang sangat membantu....
~ teruskan perjuangan~
Semoga bertemu lagi... Insya Allah..
*******************************************************************
sama-sama hayati...
....." Kau mampu meredah belantara apabila kau meletakkan pasak kesetiaan pada yang Maha Esa".......
No comments:
Post a Comment