...counting...

Friday, February 18, 2011

Sayonara, Yusra!

Assalamualaikum wbt..

This post is dedicated to my beloved friend~~ Yusralimuna....


~annyong-hi kashipshio~

*******************************************************

"Alhamdulillah...akhirnya...sampai pun kat Perlis ni..",gumam saya. Itu adalah 3 tahun lalu. Saya dengan semangat berkobar-kobar ketika itu telah berjaya menjejakkan kaki di bumi perlis untuk mengikuti Kem Bahasa Arab di sebuah sekolah swasta disana... Hari kedua di situ, saya diajak pergi ke rumah seorang sahibah di kangar. Sebab saya tak pernah explore perlis, saya pun follow. Lebih kurang 30 minit ke lebih? atau kurang? kami tiba di rumah mc Roselina... Kami makan2, solat berjemaah, dan beraktiviti sama2...
 
Itu 3 tahun dahulu...saat pertama kali kami bertemu dan berkongsi cerita bersama. Kami jarang berjumpa, sebab saya sempat 3 bulan je untuk menghabiskan kem b.arab tu. Perkenalan yang singkat, tapi Allah jua lah yang membibitkan kasih sayang dan ukhuwwah fillah dalam jangka masa itu. Lepas result SPM keluar...diikuti result UPU, Allah izin yusra dapat sambung bahagian BioTech kat Taylor's Uni, Subang Jaya..kalau tak silap 'bridging' untuk ke Aussie. Saya pula buat Accounting dekat Uni sekitar selangor juga...so, bila ada apa2 program, memang kitorang mudah nak jumpa...  

Masa berlalu...bagai angin yang menyapa dan pergi..angin yang tidak meninggalkan apa2, tapi memberi kesan sejuk dan nyaman dalam diri...

~till meet again~
あとで参照してください

Semalam lepas Asar, kira-kira dalam 4.45pm.... saya, izzah z, iffah, dan mak izzah pergi menziarahi yusra di Quality Hotel, Shah Alam.. bergeraknya kami membawa satu niat...berjumpa kali terakhir sebelum dia 'fly'...Yusra akan depart dr KLIA hari ni (18 feb 2011)...dalam 9.40am... Rancangan awal- naik kereta. tapi atas beberapa faktor diikuti bimbang akan mengalami kesesakan lalulintas, keputusan baru diambil.... kami akan naik komuter. dari sentul-shah alam. hampir sejam, kami tiba di stesen shah alam. Seterusnya kami ambil teksi ke hotel Yusra dan keluarganya menginap. Lepas maghrib, event yang dinanti tiba... memang dalam plan nak jalan2 and makan sekitar PKNS je...tapi lain yang berlaku... Kitorang pergi dinner kat Zam-Zam restoran kat seksyen 9... Restoran arab....sambil dinner sambil tu tangan pula lincah memicit punat camera...untuk abadikan kenangan terakhir sebelum berpisah untuk setahun dua ni.. 

nampak enak tak?

Pelbagai rasa bermain dalam hati.. gembira kerana dia sedang menuju kearah cita-citanya, sedih kerana dia akan pergi jauh, cemburu pun ada juga...hehe...sebab saya pun pernah ada impian untuk belajar oversea... tapi apa yang penting, semoga perjalanan Yusra selamat pergi dan balik... Dan kejarlah impian dengan your very best and sincere efford, dan semoga Allah bersamamu di setiap langkah yang diatur.

*************************************************

"Ukhuwwah itu menjadi indah bila bertemu kerana Allah... dan berpisah jua kerana-NYA''



No comments:

Post a Comment