...counting...

Friday, March 18, 2011

Haflatul Wada'....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

   Insya Allah, malam ni (18032011) saya akan menghadiri satu majlis; Majlis yang mendalam ertinya, sentiasa ditunggu2 oleh kebanyakan sahabat2 saya.. Pada sesetengah orang, Majlis ni memang best.. ada makanan sedap.. ada video show.. sesi fotografi (bagi yang pantang nampak kamera pasti sokmo je muka dia ada dalam setiap pic..hehe) dan hari yang sgt menyenangkan hati.. TAPI ada juga yang merasakan "buat apa nak datang, buat orang nangis je.." Sebab??

( T_T")

Haflatul Wada'

    Maksudnya sambutan untuk yang terakhir.. Setiap hujung sem, memang majlis ini wajib ada. Sebab? Sahabat datang dan pergi dalam hidup kita. sepanjang 3 sem di uia, mungkin Haflatul Wada' sem ni akan beri kesan yang paling besar dalam hati dan hidup saya.. Akak2 yang nak grad sem ni sumanya 18 org.. dan ada antara mereka yg rapat dengan diri ini.. so sedikit sebanyak akan bagi tempias dalam hati ni.. Moga Allah kuatkan diri ini... Sangat berterima kasih pada akak2 yang banyak beri tunjuk ajar, sentiasa beri sokongan, yang suka share story, yang sememangnya sangat ceria, yang suka sama2 perbaiki diri, yang bagi tumpang kereta, belanja itu dan ini (rindu aiskrim & pizza) nyum2... sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa dan budi kalian...

Satu hasrat sebelum kalian pergi... JANGAN LUPA BAGI HADIAH PADAKU!!



    Bukan bermaksud nak akak2 beli hadiah yang mahal2 untuk saya (if any, bagi je la..haha). Saudariku, tau tak hadiah apa yang saya inginkan itu? Jangan lupa bagi bila dah tau.. sangat2 harapkan hadiah itu dari kalian.. Ingatlah selalu untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan diri ini, supaya terus kuat dalam perjuangan ini dan semoga dipermudahkan untukku segala urusan hidupku. Tak banyak yang dipinta, cukuplah doa terus-menerus ini menjadi penghubung hati2 kita semua.. Biar tiada disisi, tapi doa sentiasa mengiringi...

   Lagi satu.. titipkan secangkir nasihat untuk saya.. Semoga buah-buah nasihat itu dapat menjadi dorongan untuk terus menapak di sini.. Ketahuilah..Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

Halawatul Iman

   Tema malam ni adalah Halawatul Iman..

   Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: 
“Dua orang yang saling menyintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.” 

 ____________

   Supposely post kali ni nak buat macam sedih sikit, tapi sebab rushing untuk banyak perkara.. inilah hasilnya.. Apapun, semoga akak2 yang bakal pergi berjaya dalam fasa seterusnya.. mungkin ada yang further study.. ada yang apply kerja... mungkin juga ada yang bakal menamatkan zaman bujang mereka (who knows, right??).. Pesanan yang jangan kalian lupa: " Peliharalah Allah, nescaya ia peliharamu, Peliharalah Allah, nescaya engkau dapati-Nya dihadapan mu.. Apabila engkau ingin meminta, mintalah pada Allah, dan bila engkau inginkan pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah.."

 ~ la tahzan.. Inna Allahu maa'na ~

Last words from me:

"Allah jua yang mampu memeliharamu.. lantas kumohon pada-NYA agar sentiasa menjagamu.. Moga Dia berimu yang terbaik.. Moga Dia sayang padamu setiap waktu.. May Allah bless you.. "

.:: INNI UHIBBUKUNNA FILLAH ::.
 

2 comments:

  1. Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
    hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
    Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
    Bersatu memikul beban dakwah Mu
    Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
    untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


    Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
    Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
    Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
    akan jalannya yang sebenar
    Penuhkanlah hati ini..
    dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
    Hidup suburkanlah hati-hati ini..
    dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


    Jika Engkau mentakdirkan mati
    Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
    sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

    Engkau lah sebaik-baik sandaran..
    dan sebaik-baik penolong ya Allah
    Perkenankanlah permintaan ini
    Amin ya rabbal A'alamin..

    ReplyDelete
  2. amin amin ya rabbal 'alamin.

    setiap kemanisan cinta
    terukir kasih mesra,
    bila bersulam tulus,
    kt rasakannya kudus.

    sungguh, diri ini sangat2 merindui dik, k.Am n shbh2 len. moga kt sentiasa suburkan kehangatan ukhuwwah ini.

    ReplyDelete