...counting...

Tuesday, January 11, 2011

Pesanan Seorang Sahabat...

Wahai sahibah2 ku yg disayangi krn Allah,
 Jagalah Allah inshaallah nescaya Allah menjagamu.
Sesungguhnya Allah menciptakan kita dgn sebaik2 kejadian,
Ahsani Taqwim.

Marilah sama2 kita jaga hati kita, raja semua anggota tubuh badan kita.
Semoga telinga kita terpelihara daripada mendengar perkara2 yg lagha.
 Kejar & Dambakanlah ANUGERAH DARI YG MAHA AGUNG, BILAMANA ALLAH MEREDHAI SEMUA AMAL SOLEH dan KITA PUN SENTIASA REDHA DGN KETETAPAN & KETENTUAN ALLAH dengan adanya sandaran usaha sehabis daya means dgn jiddiyah disertai niat yg ikhlas krn Allah & menjaga syariatNya.

Kita hajatkan aqidah yg salimah,
aqidah yg hidup, berfungsi n solid.
kerana asal hidup kita ini hanya menumpang di muka bumi indah Allah ini.
supaya lahir IMAN YANG HIDUP & SOLID.
Inshaallah sama2 kita pelihara pendengaran dan seluruh fungsi anggota yang Allah hadiahkan & gerakkan supaya ianya diredhai Allah.
Sama2 tadabbur ayat2 Allah untuk kita rujuk reminders yg Allah hadiahkan pada kita dalam Al-Qur'an.

Surah Al-Mu'minun 1-11:
Sesungguhnya beruntung orang2 yg beriman -1-
Iaitu org yg khusyu' dlm solatnya -2-
Dan orang yg menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yg tidak berguna -3-
Dan orang yg menunaikan zakat -4-
Dan orang yg memelihara kemaluannya -5-
Kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yg mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak tercela -6-
Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina atau sebagainya), maka mereka itulah orang2 yg melampaui batas -7-
Dan sungguh beruntung org2 yg memelihara amanat dan janjinya -8-
Serta orang yg memelihara solatnya -9-
Mereka itulah orang2 yg akan mewarisi -10-
(yakni) yg akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya -11-

Sama2lah kita mengamalkannya dgn sentiasa berusaha dan bertawakkal kpd Allah.

hajat doa semua. semoga IMAN kita sentiasa hidup dan sedia ditarbiyyah untuk lebih mengenali, mencintai Allah. Moga2 beroleh hidayah dan kasih sayang Allah.

~Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa Fil Akhirati hasanah Waqina azabannar. Amiin~

Inshaallah sama2 kita ingat juga persiapan2 dlm nak menuju kampung akhirat. Jangan terpedaya dengan gamitan2 yg ada.
*Persiapan Aqidah
*Persiapan Ilmu
*Persiapan Amal
*Persiapan Syaksiah
*Persiapan Mati

Akhirnya semoga amal2 soleh kita diterima oleh Allah & mendapat redhaNYA. Dan menjadi amal Qowi & jauh serata bebas dari nifaq, riya' atau ujub.

Semoga sentiasa dihadiahkan Allah keikhlasan dlm memanfaatkan potensi diri yg ada untuk ISLAM krn Allah. Semoga aliran Ukhuwwah Fillah kita pekat Abadan Abada.

p/s: Jadilah seorang yg paling cerdik disisi Allah yg mana Rasulullah saw bersabda:

"Orang yg cerdik ialah org yg mengingati mati, orang yg paling cerdik ialah orang yg sentiasa bersiap dgn amal2 soleh bagi menghadapi saat kematiannya."
 *semoga dapat ambil ikhtibar dan ayuh sama2 muhasabah!

No comments:

Post a Comment